Sime Darby Healthcare
Sime Darby Healthcare
TEL: +60.3.56391212
HOME    |    SCHEDULE    |    NEWS   |     ARTICLES    |    CONTACT US


Norhayati Pesakit Kesejuta Dapatkan Rawatan Di SDMC (Mingguan Malaysia)
Norhayati Pesakit Kesejuta Dapatkan Rawatan Di SDMC (Mingguan Malaysia)
PETALING JAYA, 3 Oktober 2009 - Niat Norhayati Ibrahim (gambar), 28, pergi ke Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) di sini pada 28 Julai lalu untuk mendapatkan rawatan sakit belakang yang dialaminya akibat kemalangan di dalam rumah.


Ternyata kehadirannya di pusat perubatan itu pada pukul 11.27 pagi mempunyai hikmah tersendiri kerana dia menjadi pesakit yang ke sejuta menerima rawatan sepanjang 24 tahun penubuhan SDMC.

Pemilihannya itu melayakkan Norhayati menerima hadiah berupa hamper dan baucer bernilai RM1,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Pusat SDMC, Elaine Cheong Pek Yim pada satu majlis di sini hari ini.

Bekerja sebagai agen pelancongan, Norhayati mengakui rawatannya di SDMC pada hari itu adalah yang pertama kerana dia lebih gemar mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

"Sebelum itu, saya pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan membuat pemeriksaan X-Ray, namun doctor memberitahu tiada apa-apa kecederaan serius yang berlaku.

"Namun beberapa hari kemudian, saya masih lagi mengalami sakit belakang dan akhirnya saya mengambil keputusan mendapatkan rawatan di SDMC setelah dinasihatkan oleh ketua saya' jelasnya.

Mengakui terkejut dan gembira dengan pemilihan itu Norhayati berkata, dia mengetahui mengenai perkara itu pada Ramadan lalu.

"Mungkin ini juga rezeki pertunangan baru-baru ini dengan jejaka pilihan saya;" katanya ringkas.

Sementara itu Elaine berkata, pihaknya gembira kerana selepas '24 tahun penubuhan SDMC, bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan mencecah ke sejuta orang.

"Ini menunjukkan masyarakat umum khususnya di sekitar Lembah Klang yakin dengan kemampuan SDMC menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik dalam menjaga kesihatan mereka," ujarnya.
Sime Darby Healthcare
"We Care, We Serve"

Back to top

Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Clinic Schedule - Surgery
Search Healthcare and Medical specialists for cancer treatment, epilepsy treatment, weight loss surgery and more by alphabetical listings
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R
S T U V W X Y Z

Search Healthcare and Medical specialists for cancer treatment, epilepsy treatment, weight loss surgery and more By Name

Seach Healthcare and Medical specialists for cancer treatment, epilepsy treatment, weight loss surgery and more By Specialty Areas
Contact Us For Enquiries on Healthcare services Malaysia, Medical centre Malaysia, Medical specialists malaysia, Healthcare specialists Malaysia, Nursing college malaysia, Malaysia healthcare, Malaysia hospitals, cancer treatment, epilepsy treatment, weight loss surgery
Print this Page
Bookmark this Page